ukhuwah fillah

Jumaat, 11 Mei 2012

Warkah Ummi Untukmu.....




Assalamualaikum....


Anakku yang ummi cintai....

Apa khabar dirimu disana??

Anakku,
masih terbayang di mata ini saat kelahiranmu. ummi menangis kegembiraan, ayah tersenyum bahagia melihat kejernihan wajahmu. kepenatan saat mengandungkan dan kesakitan di saat melahirkan mu tidak lagi terasa, ketika suara tangisanmu memecah keheningan tatkala bernafas di dunia ini. syukur ummi panjatkan ke atas Ilahi kerana dikurniakan seorang permata dalam hidup ummi.


Anakku,
kini, kau telah pun meningkat remaja. ummi begitu tenang melihat dirimu membesar dengan penuh keayuan sebagai seorang gadis muslimah. kemanjaanmu menyerlahkan lagi dirimu. Kesantuanmu membuatkan hati dan pandangan ummi terasa indahnya. Tetapi entah mengapa kebimbangan semakin menjalar di hati ummi. Bimbang melihat dirimu melewati waktu dan kehidupan yang penuh dengan liku-likunya.


Anakku,

kehidupan ini penuh dengan godaan dan hasutan yang akan membawa ke kancah kerosakan diri dan hati. ummi bimbang sekiranya dirimu tidak dapat mengawal diri dan godaan itu. tapi ummi percaya akan segala didikan yang telah ummi berikan padamu dapat mengatasi segala cobaan itu. Mengenangkan dirimu yang jauh di perantauan.


Anakku,
siang malam ummi fikirkan tentang mu. Berfikir hala tuju masa depanmu. Ummi mendoakan agar dirimu berjaya di dunia dan diakhirat. Menjadi anak yang solehah dan menjadi muslimah sejati. Ummi mahu dirimu berdiri teguh dalam keimanan dan ketaqwaan yang selama ini ummi didik dan ummi ajarkan. ummi tidak mahu dirimu alpa dengan kemanisan dan keseronokan duniawi sehinggan melalaikan darimu daripada mencari redha Illahi.



Anakku,
Harapan ummi mengunug tinggi agar dirimu dipelihara dan terpelihara. jagalah kehormatan dirimu sesungguhnya kehormatan diri terletak pada kekuatan iman mu. Seandainya ada perkara yang memerlukan pilihan, antara keseronokan dan ketenangan. pilihlah ketenangan yang mana memberi kebahagiaan hakiki. ketenangan yang membawa dirimu kepada kasih cinta Illahi...


Daripada ummi mu yang selalu menyayangimu,
Untukmu yang bergelar anak.

Diary, srikandi solehah

Tiada ulasan: