ukhuwah fillah

Ahad, 20 Mei 2012

Warkah Buatmu....




Assalamualaikum…..
Buatmu….
     Apa khabar dirimu??.....Entah angin apa yang membuat hari ini membuatku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang khusus buatmu sebelum tiba masa yang kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini samata-mata buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang  aku telah dididik semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkan untuk suamiku, iaitu dirimu suatu hari nanti. Kata ummi, tanggungjawab ibu bapa terhadap anak perempaun ialah mendidiknya sehingga seorang  lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka.

    Aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki karana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesanan sayyidatina Aisyah R.A:
     “”sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang”

   Aku ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik dimatamu. Apaguna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh  menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan ramai lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang di kecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan.

*Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah kelak andai di soal??
*Adakah itu sumbangan aku kepada manusia selama hidup di muka bumi??

    Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghiasi peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik.

“sesungguhnya Allah telah menjanjikan perempaun yang baik untuk lelaki yang baik”
   Tidak dapatku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingati diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu.Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suami ku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. 

   Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilh pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud diman-mana. Tetapi aku juga punya keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu, tidak perlu kau memilih wajah seindah nabi yusuf A.S  yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di luh mahfuz, Allah pasti mencampakan rasa kasih didalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan itu janji Allah. Akan tetapi selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat bergitu. Jua  jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syarak. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.permintaanku tidak banyak cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi.

   Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu, bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kerana akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu , menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu kau rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid, akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerananya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa moga cinta itu juga yang  akan menpertemukan kita kembali di syurga.

   Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibu bapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawab terhadap agamamu. Aku tidak akan sesekali bahagia melihatmu begitu.biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya, itu  lebih bermakna bagiku.
Dariku….

Diary,
srikandisolehah

Tiada ulasan: