ukhuwah fillah

Selasa, 24 April 2012

Salam Ukhuwah buatmu....

                        


       segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam. pemilik, pencipta dan penentu atas segala sesuatu Ya Rabbulalamin. selawat serta salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW, keluarga dan pada sahabat baginda.      

     tertunduk aku mensyukuri nikmat serta hidayah kurniaan Allah buat aku, hambaNya yang sering lupa dan selalu ingkar dalam panghambaan yang masih punya compang-campingnya ini. namun kurnia Allah tidak pula ada surutnya buatku yang sentiasa di hidangkan dengan laluan dan lorongan ilham hingga aku terpandu lalu terhasil bingkisan sederhana ini buat tatapan semua yang bersamaku. terima kasih tuhan. 

     sembah salam penuh kasih sayang bersulam keampunan aku titipkan buat dua insan yang bagiku , satu bagai nyawa satu umpama jiwa yang setia menelan segala perit, menahan setiap pedih membesarkan seorang insan sehina aku di dunia ini. kerana redamu menjadi jambatan untuk aku terus melangkah merentasi bumi tuhan dalam mencari seribu satu kerahmatan yang tiada terlihat dek mata tidak tergapai dek tangan. terima kasih ummi dan ayah.  

    serumpun kasih buat sahabat yang sudi untuk follow blog ana ini bagi menyokong ana untuk terus berdakwah dalam bidang penulisan ini, ana cuma teringin menumpang di pinggir pantai ilmu dengan berbekalkan segala semangat, bantuan , teguran dan idea bernas kalian. terima kasih atas masa dan waktu yang kalian peruntukkan buat blog ini.salam ukhuwah fillah...

Diari,

srikandi solehah,


Tiada ulasan: