ukhuwah fillah

Isnin, 2 Jun 2014

cinta hati dan iman

iman,,,
hati rindu iman,
dimanakah iman??
 andai kesukaran hati untuk memiliki iman,
seperti mengapai sejuta bintang di langit hati tetap untuk mencubanya,...

hati tidak berhenti mencari iman,
ketenangan dan kesabaran banyak mengajar hati pada cinta illahi,
nur yang hadir pada hati,
memberikan keterangan dalam kegelapan...

hadirnya iman tanpa hati sedari,
mengamit kasih diantara hati dan iman,
keindahan iman,
menarik hati untuk mendekati iman,
kelembutan iman mendamaikan hati,
apabila keresahan hadir iman pengubat hati,

tanpa iman bagaimanalah hidup hati,
hati rosak tanpa iman,
kadang-kadang hati kering tanpa sinar hidayah iman,
oh iman,,,,,,
janganlah tinggalkan hati,
hati sayang iman,
andai iman pergi meninggalkan hati pasti hati terluka,
kerana iman hati mengenal maha pencipta 
yang telah mengurniakan iman pada hati,
iman hati perlukan iman,

`wahai iman,
hadirmu bagai sebuah nurul jannah,
yang menyirami taman-taman hati..
dirimu bertamu didalam diriku,
mengalir disetiap sudut,
berjalan disetiap waktu,
memberikan kebahagiaan didalam kehidupan....

kadang-kadang takdir mua'llaq menjadi ketentuan Allah,
bagaikan tak tertanggung rasanya perit dihati,
bagai selaut ombak yang bergelora,
tetapi keranamu iman,
hati dibasahi dengan halawatul iman,
madu ketaqwaan menyeluti hatiku,
hatiku di teranggi dengan zikruAllah,
syukurku panjatkan keatas kehadiranmu iman....

setiap detik,setiap saat,setiap waktu,,
tidak pernah lekang hatiku dari mengingatimu,
hadirmu didalam hatiku menjadikan air sungai
yang mengalir di taman hati menjadi jernih,
bunyi-bunyi burung berterbangan,
oh iman,,,,,
tidak dapat ku bayangkan,
jika kau pergi gelita mengaburi hatiku,
hatiku kelam jauh dari nur illahi......

                                                                                  * kisah diantara sekeping hati dan nur iman*

bila hati berbicara

pertama kaliku mendengar namau,
bagaikan satu keindahan iman 
hadir dihatiku,
apabilaku menyebut namamu,
hatiku tenang dalam samudera rindu....

walaupun sesaat kealpaan 
bertamu dalam diriku,
terasa seperti kehilangan sejuta
permata yang tidak dapat 
digantikan dengan senilai syurgamu....

setiap kali wajahku tundukan,
cintamu mulai bersemi didalam hatiku,
dan bila halawatul iman menyelak
takbir hatiku,
ku pasti air mataku kan mengalir....

setiap kali bibir melafazkan as'ma mu,
ku pasti rahmatmu mengalir 
dalam setiap urat nadiku,
ku tetap berpijak di bumimu,
ya rabbi....dan ini menambahkan cintaku padamu...

dan apabila mataku tertutup,
yang ku inginkan hanyalah
perlindungan dan rahmatmu,
kerna ku abadikan diriku hanyalah untukmu ya Allah...

kaulah cinta pertamaku,
kaulah cinta terakhirku...

belum masanye untuk kite bertemu,
tetapi bila ajal menjemput
itulah masanya.....ya Allah.

ya Allah, ya rahman, ya rahim.....

Tahajud cinta illahi

untuk mencari cinta sejati, kamu mesti mencari sahabat sejati terlebih dahulu.cinta bukan bererti mata kalian saling berpandangan tapi lebih bererti bersama2 melihat ke satu tujuan untuk tujuan mencintai seorang seutuhnya.kamu harus mencintai keperibadianya bukan fizikalnya.kadang kala orang yang paling mencintaimu adalah orang yg tidak pernah menyatakan cintanya padamu, kerana orang itu takut kamu berpaling dan menjauhinya.....

cinta itu cahaya sanubari,kurniaan tuhan fitrah insani, yang di mana terciptaa nya cinta di situ rindu bermula, cinta tidak pernah meminta tetapi memberi sepenuh rela, rasa bahagia biarpun sengsara, berkorban segala2.....
cinta itu seperti sinar matahari, memberi tanpa mengharap kembali...
cinta itu seperti sinar matahari, tidak memilih siapa yang ia sinari.....
cinta itu seperti sinar matahari, yang memberi kehangatan di hati..... 

cinta itu umpama sinar, terlalu terang bisa menyilaukan...
terlalu redup bisa membutakan dengan kegelapan....
cinta itu umpama air, terlalu deras menghanyutkan
cinta itu umpama api, terlalu panas menyakitkan 
cinta itu bagai udara, tidak bernyawa,tidak wujud, tidak berasa

cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali, hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. cinta bukan paksaan ia lahir dari dua perasaan, kehadiranya tidak undang perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk di mengertikan.

cinta itu harus ditunjukkan kepada yang paling layak menerimanya di berikan kepada yang pandai membalas cinta.....cinta itu harus menyeluruh, ikhlas dan jujur.......yang sebaik-baiknya sasaran cinta adalah cinta Ilahi...kerana itu cinta yg abadi.....cinta pada manusia belom tentu ia mencinta kita....cinta pada Allah ia selalu mencinta umatnya yg mencintainya....


"aku masih mencium bau syurga, wanginya merasuk ke dalam sukma, aku ingin masuk ke dalamnya. di sana aku berjanji akan mempersiapkan segalanya yang menunggumu untuk bercinta.memadu kasih dalam cahaya kesucian dan kerelaan tuhan selama-lamaya..." 

                                                                      di tulis: peguam nurul najihah binti hj ismail...

Rabu, 5 Jun 2013

~Robi'toh Qolbi fill bina' hubbi jannah~

Buatmu pemilik cintaku setelah Allah dan rasul


walau kita tidak pernah bercinta,
biarlah cinta itu kita rasai disaat lafaz sakinah engkau ungkapkan,

walau kita tidak pernah bersua bersama,
kelak itu akan menjadi kemanisan disaat kite bernikah nanti,

walau kita tidak pernah berbicara mesra,
mungkin satu ketika nanti bait ini bisa meniup semangat juangmu di medan pertempuran,

walau perasaan ini tidak pernah sejiwa,
kerana, kita hanya meletakan hati dan cinta kite hanya utk Maha Pencipta,

walau tangan ini tidak pernah di rasa,
tidak mengapa, bila saatnya tiba tangan ini lah yg akan kau genggam utk bina syurga cinta,

walau mata ini tidak pernah kau tatapnya,
biarlah ianya menjadi penguat kerinduanmu utk bermujahadah melawan nafsu yg mengoda,

walau kaki kita tidak pernah melangkah bersama,
bersabarlah, kerana disaat itu hadir kaki ini akan bersama2 beriringan berjalan membina cinta yang sakinah, mawadah wa rahmah,

walau seribu dugaan engkau tempuhi jua,
kerana engkau ingin mempertahankan kesuci cinta kita.........


*aku mencari seorg imam,
yang benar2 berani mencintaiku,
yang berani mengisytiharkan cintanya di depan waliku,
seorg imam,
yang paling layak memenuhi separuh imanku,
setelah dia sah menjadi miliku.
biarlah imamku berbangga menjadi wira penaklukanku yg pertama,
pergobanan ini akan diiktiraf Allah sebagai kemuliaan bukan kehinaan,
aku mencari seorg imam,
yang bisa menjadi bursa saham untuk meneruskan kehidupan berpahala,
menunaikan haknya, melaksanakan tanggungjawabku.



                                                                                                                       
                                                                                                                            buatmu, wasalam




Selasa, 17 Julai 2012

Doa buatmu abi....




Ya Allah ya Tuhan ku,

 Aku menghulurkan kedua tanganku yang hina ini, Memohon Engkau limpahkan rahmat dan hidayahMu, Terasa terlalu lemah diri ini tanpa pertolonganMu ya Allah,

Ya Allah,

Segala pujian bagiMu Tuhan Sekelian Alam, 

Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, 

Tuhan Pemerintah hari pembalasan, Hanya Engkaulah yang kami sembah dan kepadaMu kami memohon pertolongan, Tunjukkanlah aku jalan yang lurus, Jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat ke atas mereka ,Bukannya jalan orang yang Engkau murkai ,Dan bukan pula orang-orang yang sesat. 

Ya Allah Ya Zaljalaaliwalikrom 

Ampunkan dosa-dosa ku kepada Mu ya Allah ,Aku terlalu lemah dengan godaan syaitan ,Aku masih melakukan maksiat walaupun kutahu ianya Engkau murkai ,Aku masih lalai dalam ibadat walaupun ku tahu ianya Engkau tuntuti ,

Ya Allah

 Teguhkanlah iman ku, kuatkanlah hatiku, Kurniakanlah kepadaku hidayahMu, taufiqMu dan lindunganMu Jauhilah aku dari segala laranganMu Dekatkanlah aku dengan segala suruhanMu, Tanamlah rasa benci dihatiku kepada maksiat ,Tanamlah rasa cinta dihatiku kepada ibadat ,

Ya Allah, Ya Rahim, Ya Karim 

Jadikanlah aku hambaMu dan umat Muhammad SAW yang beriman kepadaMu, Dan berbakti kepada kedua ibubapaku, 

Ya Allah,

 Ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku,
Kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku ketika aku kecil, Bukakanlah pintu hati mereka untuk beriman kepadaMu ,
Aku terlalu banyak terhutang budi kepada mereka, 


Ya Allah

 pengorbananya membesarkanku,
tidak mampu untukku membalasnya,
Titik peluh nya yang tidak pernah kering demi membesarkan ku,
tidak pernah aku lupakan,
Tidak pernah sekali ia mengadu keletihan, 
Tidak pernah sekali ia mengadu kesakitan,
Lauk yang dimulut sanggup ia luah untuk diberikan kepadaku, 
Harta yang dikumpul sanggup dilepaskan untuk pendidikanku, 
Kerana mereka tidak pernah merungut kepadaku ya Allah ,
Kerana mereka tidak pernah mengadu kepadaku ya Allah ,
itulah pengorbananmu abi....


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

 
Di malam ini aku terkenang semua itu Di malam ini aku mengadu kepadaMu ya Allah Di malam ini aku memohon sepenuh hati kepadaMu ya Allah semperna dengan hari kelahiranya ini,
kau rahmatilah dirinya Ya Allah,
kau panjangkan lah umurnya,
kau kurniakan kesihatan yang baik untuknya,
kau limpahilah rezeki yang halal buatnya,
serta kebahagiaan didunia dan diakhirat,



Amin ya rabb.....


                                                                                diary:srikandi solehah




khas buatmu ayahda tercinta ustaz ismail bin rosli....daripada anak2mu yg comel2...hehe..syukran diatas pengorbananmu membesarkan kami smu, kasih sayangmu yg tidak terhingga....kami sayang Ayah.............



Ahad, 20 Mei 2012

Warkah Buatmu....




Assalamualaikum…..
Buatmu….
     Apa khabar dirimu??.....Entah angin apa yang membuat hari ini membuatku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang khusus buatmu sebelum tiba masa yang kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini samata-mata buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang  aku telah dididik semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkan untuk suamiku, iaitu dirimu suatu hari nanti. Kata ummi, tanggungjawab ibu bapa terhadap anak perempaun ialah mendidiknya sehingga seorang  lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka.

    Aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki karana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesanan sayyidatina Aisyah R.A:
     “”sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang”

   Aku ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik dimatamu. Apaguna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh  menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan ramai lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang di kecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan.

*Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah kelak andai di soal??
*Adakah itu sumbangan aku kepada manusia selama hidup di muka bumi??

    Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghiasi peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik.

“sesungguhnya Allah telah menjanjikan perempaun yang baik untuk lelaki yang baik”
   Tidak dapatku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingati diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu.Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suami ku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. 

   Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilh pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud diman-mana. Tetapi aku juga punya keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu, tidak perlu kau memilih wajah seindah nabi yusuf A.S  yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di luh mahfuz, Allah pasti mencampakan rasa kasih didalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan itu janji Allah. Akan tetapi selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat bergitu. Jua  jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syarak. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.permintaanku tidak banyak cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi.

   Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu, bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kerana akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu , menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu kau rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid, akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerananya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa moga cinta itu juga yang  akan menpertemukan kita kembali di syurga.

   Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibu bapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawab terhadap agamamu. Aku tidak akan sesekali bahagia melihatmu begitu.biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya, itu  lebih bermakna bagiku.
Dariku….

Diary,
srikandisolehah

Jumaat, 11 Mei 2012

Warkah Ummi Untukmu.....




Assalamualaikum....


Anakku yang ummi cintai....

Apa khabar dirimu disana??

Anakku,
masih terbayang di mata ini saat kelahiranmu. ummi menangis kegembiraan, ayah tersenyum bahagia melihat kejernihan wajahmu. kepenatan saat mengandungkan dan kesakitan di saat melahirkan mu tidak lagi terasa, ketika suara tangisanmu memecah keheningan tatkala bernafas di dunia ini. syukur ummi panjatkan ke atas Ilahi kerana dikurniakan seorang permata dalam hidup ummi.


Anakku,
kini, kau telah pun meningkat remaja. ummi begitu tenang melihat dirimu membesar dengan penuh keayuan sebagai seorang gadis muslimah. kemanjaanmu menyerlahkan lagi dirimu. Kesantuanmu membuatkan hati dan pandangan ummi terasa indahnya. Tetapi entah mengapa kebimbangan semakin menjalar di hati ummi. Bimbang melihat dirimu melewati waktu dan kehidupan yang penuh dengan liku-likunya.


Anakku,

kehidupan ini penuh dengan godaan dan hasutan yang akan membawa ke kancah kerosakan diri dan hati. ummi bimbang sekiranya dirimu tidak dapat mengawal diri dan godaan itu. tapi ummi percaya akan segala didikan yang telah ummi berikan padamu dapat mengatasi segala cobaan itu. Mengenangkan dirimu yang jauh di perantauan.


Anakku,
siang malam ummi fikirkan tentang mu. Berfikir hala tuju masa depanmu. Ummi mendoakan agar dirimu berjaya di dunia dan diakhirat. Menjadi anak yang solehah dan menjadi muslimah sejati. Ummi mahu dirimu berdiri teguh dalam keimanan dan ketaqwaan yang selama ini ummi didik dan ummi ajarkan. ummi tidak mahu dirimu alpa dengan kemanisan dan keseronokan duniawi sehinggan melalaikan darimu daripada mencari redha Illahi.



Anakku,
Harapan ummi mengunug tinggi agar dirimu dipelihara dan terpelihara. jagalah kehormatan dirimu sesungguhnya kehormatan diri terletak pada kekuatan iman mu. Seandainya ada perkara yang memerlukan pilihan, antara keseronokan dan ketenangan. pilihlah ketenangan yang mana memberi kebahagiaan hakiki. ketenangan yang membawa dirimu kepada kasih cinta Illahi...


Daripada ummi mu yang selalu menyayangimu,
Untukmu yang bergelar anak.

Diary, srikandi solehah